Saturday 16 July 2011 | By: ~Seindah cinta wanita perindu syurga~

~Kisah Hati dan Lidah~

Ada seorang wanita yang kaya,hartawan dan banyak ternakan.Pada suatu hari wanita  itu telah menghadiahkan seekor kambing kepada Luqman Hakim dan kemudian dia berpesan kepada hambanya seraya berkata,”Apabila kamu sampai kepada Luqman Hakim,setelah kambing itu di sembelih,mintalah bahagian yang tidak baik pada kambing itu,kerana aku mahu memakannya”.
Setelah kambing itu disembelih,luqmam hakim pun mengambil beberapa bahagian daripada kambing itu yang terdiri dari hati dan lidah,lalu dibungkusnya.Kemudian diserahkan kembali kepada hamba wanita itu.Hati dan Lidah itu dibawa pulang.
Terperanjat sungguh wanita itu setelah melihat isi kandungan bungkusan tersebut.”hati dan lidah ini bagus dan baik,tetapi mengapa Luqman Hakim memberiku hati dan lidah ini”?Sedangkan yang aku minta bahagian yang tidak baik dan tidak bagus”?
“Tidak mengapalah!”sambung wanita itu kembali.Dia pun berlalu.Hati dan lidah dimasak dan di nikmati dengan penuh selera.Setelah makan dia pun berfikir.”Kenapa Luqman hakim memberiku hati dan lidah kambing ini?Sedangkan apa yang aku minta adalah benda yang tidak baik daripadanya”?
Selang tiga hari selepas itu ,wanita  tersebut memanggil hambanya untuk menangkap seekor kambing lagi sambil berkata,”Kamu bawalah kambing ini kepada Luqman Hakim dan kamu beritahu kepadanya,setelah disembelih,aku minta bahagian yang baik-baik dan berikan kepadaku”.
Luqman Hakim seorang yang bijaksana.Setelah kambing yang kedua ini disembelih,diambil sebahagian daripada hati dan lidah kambing itu dan dibungkusnya.Kemudian diberikan kepada hamba wanita itu tadi untuk dibawa pulang.
Di rumah.sekali lagi wanita itu terperanjat.Ternyata Luqman Hakim tetap memberikan hati dan lidah kepadanya.Lalu hati dan lidah itu dimasaknya.Ketika makan,sempat wanita itu berfikir sejenak.
“Apa sebabnya aku minta yang tidak baik diberi hati danlidah,di minta yang baik pun diberi hati dan lidah juga”.wanita itu tidak mengerti apakah yang tersirat dan tersurat di sebalik semua itu..
Akhirnya untuk memuaskan hati,wanita tersebut pergi menemui Luqman Hakim.Dia berharap agar segala persoalannya terjawab.”Wahai Luqman Hakim yang bijaksana,apakah pengajaran di sebalik apa yang kau berikan kepadaku?apakah pengajaran disebalik semua ini wahai Luqman Hakim”?
Luqman Hakim pun berkata.”Hati itu adalah tempat iman ,keyakinan dan jatuhnya pandangan Allah kepada hamba-Nya.Sedangkan tempat lain jatuhnya pandangan manusia.utamakanlah tempat jatuhnya pandangan Allah,aku bimbang kalau hati kita ada sifat-sifat mazmumah,takut iman dan hidayah akan terkeluar .Sebab itu saya kirimkan kepada puan,hati.Hati yang perlu dijaga”.
“Dan begitu juga lidah.Lidah lebih tajam dari mata pedang.Dengan lidah orang boleh bermusuhan,bercerai berai,binasa dan memutuskan silaturrahim.Orang boleh berpuasa tetapi lidah nya tidak  di jaga dengan mncaci dan mengata orang lain.Akhirnya tempat dia menjadi ahli neraka”.
“maka,jagalah hati dan lidah itu dengan sebaik mungkin.InsyaAllah,kita akan memperolehi keselamatan di dunia dan di akhirat”.Jelas dan nyata kata-kata Luqman Hakim itu.Wanita itu mengangguk faham.Dia akhirnya insaf dan sedar.

0 comments:

Post a Comment